Thursday, October 28, 2010

Kunjungan Delegasi Kementrian Pendidikan Loas Ke USM

From New Folder


Majlis perjumpaan dengan delegasi Kementrian Pendidikan Loas ke Malaysia pada 26 Oktober 2010 bertempat di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Kimia, USM.

Wednesday, May 12, 2010

Seminar Tahun Akhir & Seminar Kerjaya


11 Mei 2010, TAHNIAH dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan Seminar Tahun Akhir & Seminar Kerjaya. 2010 adalah tahun kedua USM melalui Program APEX dan PPS Kimia juga terus memainkan peranan dalam menjayakan aspirasi USM. Sehubungan dengan ini PPS Kimia sejak beberapa tahun yang lalu telah membuat ketetapan untuk menyediakan peluang kepada semua pelajar yang berkemampuan untuk menjalankan projek tahun akhir agar para graduan melalui pendedahan kepada kaedah penyelidikan dan kemahiran insaniah (soft skills). Sesungguhnya dalam masa dua semester projek tahun akhir, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada kaedah penyelidikan kimia malah mereka juga berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti pengurusan masa, bekerja secara berkumpulan dan bekerjasama dalam menggunakan kemudahan yang terhad. Para pensyarah bersama-sama mejayakan usaha ini dengan perolehan geran bagi pembiayaan projek penyelidikan masing-masing. Akhir kata, kepada para pelajar yang akan berijazah pada Konvokesyen Ogos 2010, kami di PPS Kimia mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam kerjaya masing-masing, semoga buku ini dapat memberikan kenangan manis semasa di USM. Terima kasih dan wassalam.